Datuk Nor Azam Bin M. Taib Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Pernas

14 April 2025 • Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 April 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam bin M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 14 April 2025.

Datuk Nor Azam membawa bersama pengalaman lebih 26 tahun di sektor perbankan dan kewangan. Beliau pernah berkhidmat di MBSB dan semasa di sana, beliau telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Perniagaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, dan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sehingga Jun 2024.

Sepanjang perkhidmatannya di MBSB, beliau juga menerajui pelbagai inisiatif transformasi termasuk penstrukturan semula perbankan korporat dan runcit, pengenalan model cawangan baharu yang lebih mesra pelanggan, serta pelaksanaan projek digital seperti Virtual Branch, Digital Halal Hub dan Smart School Project. Selain itu, beliau juga berperanan penting dalam pengambilalihan Asian Finance Bank (AFB)
dan transformasi MBSB menjadi bank komersial Islam sepenuhnya.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Perbankan Perniagaan di Bank Islam Malaysia Berhad, dengan tanggungjawab merangkumi strategi pembangunan perniagaan, pengurusan portfolio pelanggan korporat serta perancangan pertumbuhan sektor perbankan perniagaan.

Sebelum itu, beliau juga berkhidmat di beberapa institusi kewangan terkemuka termasuk Citibank, OCBC Bank, Arab Malaysia Bank dan Hong Leong Bank. Pelantikan Datuk Nor Azam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pernas menandakan permulaan lembaran baharu bagi syarikat, di mana pengalaman luas serta kepakaran beliau diyakini mampu memperkukuh kedudukan Pernas dan melonjakkan pencapaiannya ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini atau inisiatif lain Pernas, sila hubungi:

NOR HAZWANI LIYANA ZAINUDDIN
Eksekutif Kanan, Jabatan Komunikasi Strategik
Emel : [email protected]
No. Telefon : +603-2082 7788 samb. 7951/013-5218912
____________________________________________________________________________

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (Pernas)

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (Kementerian Kewangan) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia dan membantu mengembangkan komuniti keusahawanan negara.

Pernas komited untuk memperkasakan pertumbuhan keusahawanan dan industri francais di Malaysia. Dari bimbingan hingga menghubungkan jalinan rangkaian, pembiayaan dan latihan, kami menyasarkan untuk mengembangkan pengetahuan, mengukuhkan komuniti francais dan memupuk bakat francais generasi akan datang. Dengan cara ini, kami percaya ia dapat memacu perubahan positif merentasi landskap keusahawanan Malaysia.

Laman web : pernas.my
Facebook : pernasofficial
Twitter : pernasofficial
Instagram : pernasofficial

  Muat Turun PDF

Datuk Nor Azam Bin M. Taib Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Pernas

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 April 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam bin M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Pernas Sumbang 400 Barang Persekolahan Melalui Program ‘Back to School’

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI 2025 – Dalam usaha memperkasa kebajikan rakyat dan memastikan setiap anak mendapat peluang pendidikan yang selesa