Pelaburan Ekuiti

Peluang memihak kepada mereka yang bersedia. Pernas membuka laluan pelaburan ekuiti strategik untuk perniagaan francais yang ingin melonjak lebih jauh; menembusi pasaran baharu, memperkukuh jenama dan memacu pertumbuhan luar biasa. Dengan pendekatan pembiayaan yang fleksibel dan bersasar, potensi anda bukan hanya disokong, bahkan dipacu ke hadapan.


Skim Francais

Skim ini memberi tumpuan kepada perniagaan berasaskan model francais yang telah terbukti berjaya, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa, dengan sokongan pelaburan ekuiti strategik.

Lihat program

Skim Pra-IPO

Pembiayaan strategik yang dirangka khusus untuk menyokong pertumbuhan francais berprestasi tinggi yang bersedia melonjak ke peringkat penyenaraian di Bursa Malaysia dalam tempoh terdekat.

Lihat program

Skim Mezanin

Pembiayaan berasaskan ekuiti untuk perniagaan francais berpotensi tinggi yang dirangka untuk memperkukuh pertumbuhan dan memperluas pasaran menerusi pelaburan strategik yang fleksibel dan berstruktur.

Lihat Program