Date : 28 January 2022
Source : Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memperuntukkan RM1.6 juta untuk tabung Jawatankuasa Dana Khas Zakat MEDAC, yang akan diagihkan agensi-agensi di bawah kementerian itu, kepada golongan usahawan asnaf yang terkesan akibat COVID-19 dan banjir di seluruh negara.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata penyaluran bantuan hasil kutipan daripada pelbagai agensi di bawah MEDAC itu, bertujuan meringankan beban kewangan usahawan yang terbabit, selain membantu mereka membangunkan semula perniagaan sekali gus keluar daripada kelompok asnaf.

Katanya, MEDAC mengenal pasti seramai 314 usahawan asnaf yang terkesan akibat COVID-19 di seluruh negara, hasil kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) setakat ini.

“Untuk fasa pertama hari ini, 25 asnaf dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kita beri bantuan sekali beri RM2,000 setiap seorang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan zakat pada Majlis Penyerahan Zakat Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) di Menara Berkembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.

Noh berkata, kerjasama dengan pusat pemberian zakat di setiap negeri juga akan dipergiatkan, bagi memastikan bantuan itu dapat disalurkan kepada setiap penerima yang layak.

Selain itu, beliau berkata peruntukkan tabung Jawatankuasa Dana Khas Zakat MEDAC juga akan disalurkan kepada usahawan asnaf yang terjejas banjir, pada fasa seterusnya.

“Insya-Allah kita akan beri sumbangan dan kita sedang dapatkan nama, kerana kita ada peruntukan untuk bantu mereka pada fasa seterusnya. Fasa pertama ini ialah untuk mereka yang terkesan dengan penularan COVID-19,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS, Mohd Hilaluddin Abd Shukor, berkata pihaknya turut melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), dikenali Program Asnafpreneur bertujuan memberi suntikan modal kepada golongan asnaf di bawah Program Transformasi Perniagaan (BIT).

Beliau berkata, 50 asnaf terdiri daripada wanita dan belia berumur 21 hingga 60 tahun, dibimbing melalui kursus latihan secara fizikal BIT.

“PERNAS memperuntukkan RM266,635 atau bersamaan RM5,000 bagi setiap peserta program, melalui penyaluran wang Zakat Wakalah sebagai modal permulaan perniagaan.

“Bagi peserta yang memilih pakej perniagaan program BIT melebihi RM5,000, mereka boleh memohon bantuan pembiayaan sehingga 90 peratus, dengan kadar pembiayaan 3.75 peratus dan saiz pembiayaan sehingga RM25,000 daripada PERNAS,” katanya.

Date : 1 January 2022
Source : Sabah Baru News

SANDAKAN: An entrepreneurs carnival is a useful platform to guide small and medium enterprises (SMEs) and help them continue with their business in today’s new normal.Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) chairman Datuk Zakaria Mohd Edris (pic) said such an event offers opportunities for entrepreneurs to explore and improve their business skills.

“It can be a platform for entrepreneurs to consolidate their knowledge as well as an avenue for them to seek federal and state government assistance to progress together,” he said after officiating the Libaran entrepreneur carnival organised by Elfa Wealth Legacy Sdn Bhd Thursday.

“Facilities at federal and state-level agencies can empower them to continue in their trade, while those who have been tradesmen for a long time can upgrade their skills to help them move forward.

”Elfa Wealth chief marketing officer Nur Farhana Abdullah said the 17-day programme, due to conclude today, was organised to help micro, small and medium-scale enterprises to help them recover after the Covid-19 pandemic.

“Many have almost given up on their businesses. This carnival enables Elfa Wealth to meet and understand these entrepreneurs, and in some way, to help resolve some of their problems,” she said.About 200 entrepreneurs were involved in the carnival. Some have found new direction and new motivation to carry on.

Zakaria, who is also a Member of Parliament for Libaran, said he does not want to be complacent in light of the current monsoon warning that may wreak havoc in Sandakan and the east coast region of Sabah.

The warning alert is until Jan 3.He said the Sandakan Municipal Council, which heads the district disaster management committee, has to be alert when faced with impending disasters, especially floods.

“There are several low-lying areas in Libaran that experience floods every year, including Kampung Gum-Gum, Batu 25 and several other housing estates in the Sungai Sibuga area.

“Flood-control measures such as widening of drainage systems are now completed, but weather conditions are unpredictable,” he added.