Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) adalah sebuah agensi yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.
Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti.
Pernas juga berperanan di dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais negara demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais. Salah satu objektif utama Pernas adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya ke luar negara.
Pernas juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia.
Berpusat di Menara Pernas, Bangsar South City, Pernas juga mempunyai lima pejabat koridor iaitu Pejabat Pernas Wilayah Timur, Pejabat Pernas Wilayah Utara, Pejabat Pernas Wilayah Selatan, Pejabat Pernas Wilayah Sabah, dan Pejabat Pernas Wilayah Sarawak yang bersedia menjalankan tanggungjawab bagi melahirkan lebih ramai francaisor dan francaisi ke tahap antarabangsa.
Nilai-Nilai Kami
Sebagai peneraju francais Malaysia, kami berpandukan nilai-nilai yang menentukan dan memberi inspirasi kepada setiap tindakan kami. Nilai-nilai ini menjadikan kami unik dan membezakan kami daripada pesaing-pesaing.
P– Profesional
Kami melaksanakan tanggungjawab kami dengan pantas dan penuh dedikasi kepada semua pelanggan kami.
I– Inovatif
Kami bersemangat untuk sentiasa kreatif dalam semua perkara yang kami lakukan agar kekal relevan, dinamik dan berdaya saing.
E– Etika
Kami bertindak dengan penuh integriti, melakukan amalan baik dan saling hormat menghormati.