Sila baca Terma dan Syarat ini dengan teliti sebelum menghantar borang pendaftaran melalui “Google Forms” Projek BYOB di laman web yang dikendalikan oleh Pernas.
Penyertaan anda dalam Projek BYOB bergantung pada penerimaan dan pematuhan terhadap syarat-syarat yang dinyatakan dibawah.
Dengan menjadi sebahagian daripada projek ini, anda dengan ini bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini:
- Projek BYOB adalah inisiatif oleh Pernas dalam menyediakan Program Keusahawanan yang holistik dan kompetitif.
- Projek BYOB menawarkan peluang kepada golongan wanita dan belia, individu / syarikat untuk berpartisipasi dalam Program Success Women Entrepreneur Engagement Talent (SWEET) atau Program Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY).
a. Peserta yang ingin mendaftar di bawah Program YOUNITY mestilah Bumiputera yang berumur antara 21 tahun hingga 40 tahun. Pemegang saham utama mestilah muda dan memiliki minimum 60% saham dalam syarikat.
b. Peserta yang ingin mendaftar di bawah Program SWEET mestilah Bumiputera yang berumur antara 21 tahun hingga 60 tahun. Pemegang saham utama mestilah wanita dan memiliki minimum 60% saham dalam syarikat. - Perlaksanaan Projek BYOB sah dari Februari 2021 sehingga dimaklumkan kelak.
- Projek BYOB hanya sah di Malaysia. Mana-mana peserta di luar Malaysia tidak layak untuk mengambil bahagian.
- Peserta yang ingin menyertai Projek BYOB mesti mendaftar melalui Borang Google SWEET / YOUNITY.
- Pendaftaran dibuka kepada peserta yang telah memperoleh surat tawaran daripada francaisor, lisensor atau pun pra-francaisor.
- Peserta yang telah memperolehi surat tawaran daripada francaisor lisensor atau pra-francaisor akan diberi peluang untuk memohon pembiayaan oleh Pernas tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditentukan.
- Peserta yang permohonan pembiayaannya tidak diluluskan oleh Pernas tidak akan dikenakan sebarang denda.
- Peserta mestilah sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan (perniagaan atas talian atau perniagaan konvensional).
- Peserta perlu menyediakan bukti modal perniagaan sekurang-kurangnya 30% daripada kos projek.
- Pernas mungkin perlu mendedahkan data peribadi peserta kepada pihak luar yang berkaitan untuk memproses permohonan pembiayaan dan untuk melaksanakan perjanjian kontrak diantara peserta dan mana-mana entiti dalam Pernas. Pihak luar yang berkaitan mungkin akan mendedahkan data peribadi yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada:
a. Badan pemerintah dan pengawalseliaan seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti;
b. Rakan strategik perniagaan Pernas; dan/atau ejen dan/atau vendor penyumberan luar (secara kolektif, ”Pihak Berkaitan yang berkaitan”. Pihak luar yang berkaitan ini mungkin mencari, menyimpan, menyelenggara dan/atau memproses data peribadi peserta di dalam atau di luar Malaysia. - Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010, Pernas diminta untuk mendapatkan persetujuan eksplisit peserta untuk mengumpulkan dan memproses data peribadi. Pernas mengumpulkan data peribadi untuk menilai permohonan pembiayaan peserta dan untuk menguruskan projek yang telah didaftarkan oleh peserta.