LISENSORMenyediakan bantuan kewangan kepada lisensor untuk mengembangkan
perniagaan perlesenannya di Malaysia
Maklumat Lanjut

Menyediakan bantuan kewangan kepada francaisor untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia

  • Syarikat Sendirian Berhad.
  • 100% syarikat milikan tempatan.
  • Syarikat yang menjalankan perniagaan perlesenan yang berdaftar dengan pihak berwajib dan telah mendaftar cap dagangan dengan MyIPO.
  • Syarikat yang memegang hak francais induk dari francaisor asing yang masih belum mendaftar perniagaan francaisnya di Malaysia dengan Pendaftar Francais.
  • Perniagaan perlesenan yang mempunyai konsep yang jelas dengan pakej yang lengkap.
  • Sekurang-kurangnya satu (1) pemegang saham yang secara aktif mengendalikan perniagaan.
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
  • Mempunyai rekod perniagaan beraudit dua (2) tahun) terkini yang menguntungkan dengan dana pemegang saham yang positif.
  • Perniagaan yang patuh Syariah.
  • Syarikat pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis.

Kaedah Pembiayaan

  • Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq).

Saiz Pembiayaan

  • RM50,000 sehingga RM2,000,000*
    Tertakluk nisbah gearan tidak melebihi 4 kali

Kadar Keuntungan

  • BFR + sehingga 5%.

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 10 tahun.