- Menyediakan bantuan kewangan kepada francaisi Bumiputera untuk menjalankan perniagaan di Malaysia
- Menggalakkan Bumiputera dalam sektor awam dan swasta untuk menceburi perniagaan Francais
- Menggalakkan koperasi berdaftar untuk menceburi bidang Francais
- Tumpuan kepada mereka yang berhasrat untuk berhenti kerja melalui skim pemberhentian sukarela (VSS) atau yang ingin bersara awal
- Pemilik syarikat harus berumur dari 21 tahun sehingga 60 tahun
- Pemilik syarikat haruslah juga seorang pengusaha perniagaan tersebut
- Keutamaan diberi kepada pemilik yang memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma
- Permohonan adalah menerusi syarikat yang berdaftar
- Syarikat mestilah 100% milik Bumiputera
- Syarikat perlulah memperolehi tawaran hak francais dari francaisor atau francaisi induk berlesen yang berdaftar di Pendaftar Francais
- Perniagaan francais tersebut adalah patuh syariah
- Permohonan pembiayaan menerusi syarikat milikan tunggal atau perkongsian adalah terhad sehingga RM250,000 sahaja
- Badan koperasi yang memohon haruslah menerusi syarikat Sendirian Berhad
- Syarikat pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis
Konsep Pembiayaan
- Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq)
Saiz Pembiayaan
- RM50,000 sehingga RM2,000,000
Margin pembiayaan sehingga 70% dari kos projek
Kadar Keuntungan
- BFR + Sehingga 5%.
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga tempoh maksima perjanjian francais
Permohonan dalam talian pembiayaan francais
Mohon Sekarang