Menjadikan bidang keusahawanan francais sebagai kerjaya pilihan terutamanya dalam kalangan bumiputera bagi menjana sumber pendapatan yang mampan dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi melalui tawaran pakej francais mampu milik.
- Pemilik syarikat harus berumur dari 21 tahun sehingga 60 tahun
- Pemilik syarikat haruslah juga seorang pengusaha perniagaan tersebut
- Keutamaan diberi kepada pemilik yang memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma
- Permohonan adalah menerusi syarikat yang berdaftar
- Syarikat mestilah 100% milik Bumiputera
- Syarikat perlulah memperolehi surat tawaran hak perlesenan dari lisensor yang berdaftar
- Perniagaan perlesenan tersebut adalah patuh syariah
- Permohonan pembiayaan menerusi syarikat milikan tunggal atau perkongsian adalah terhad sehingga RM250,000 sahaja
- Badan koperasi yang memohon haruslah menerusi syarikat Sendirian Berhad
- Syarikat pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis
Kaedah Pembiayaan
- Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq)
Saiz Pembiayaan
- RM50,000 sehingga RM2,000,000
Margin pembiayaan sehingga 70% dari kos projek
Kadar Keuntungan
- BFR + sehingga 5%
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga tempoh maksima perjanjian perlesenan