Program Pemantapan Francaisor Bumiputera adalah satu program yang
membantu francaisor/francaisi induk Bumiputera meningkatkan pencapaian
sistem operasi perniagaan mereka melalui perundingan dan nasihat
profesional. Dibangunkan oleh Pernas, program ini merangkumi penilaian
sistem dan dokumen sedia ada.

Setelah dinilai, peningkatan yang sesuai untuk standard perniagaan yang
lebih baik akan dicadangkan.
FranchisorPemilihan dan Pelantikan PerundingYuran Perundingan
  • Terbuka kepada semua syarikat francaisor/francaisi induk Bumiputera yang berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF);
  • Francaisor/Francaisi induk mesti menyertai Program Penarafan yang dianjurkan oleh Pernas pada tahun semasa;
  • Komitmen penuh oleh francaisor /francaisi induk diperlukan sepanjang tempoh perundingan oleh perunding yang dilantik.
  • Francaisor/ Francaisi induk dibenarkan untuk memilih firma perunding pilihan mereka atau dari senarai perunding panel yang berdaftar dengan Pernas;
  • Pemilihan perunding adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Pernas;
  • Perunding yang dilantik harus mempunyai pengalaman dalam menjalankan penyelidikan dan kerja-kerja perundingan berkaitan pembangunan perniagaan seperti produk, pengurusan, operasi, pemasaran, penjenamaan dan sebagainya;
  • Perunding yang dipilih perlu mempunyai rekod prestasi yang baik dalam mengendalikan program perundingan bersama syarikat, projek, agensi kerajaan dan/atau sektor swasta.
  • Yuran khidmat perundingan maksimum adalah RM50,000;
  • Pernas akan membiayai sehingga 90% kos perkhidmatan perundingan. Baki 10% akan ditanggung oleh francaisor/francaisi induk.