Date : 30 Oktober 2019
Source : Sinar
Chief Operating Officer (Business Support) PNS, Azlina Juliani Abd Jalil
PERBADANAN Nasional Berhad (PNS) terus komited mengorak langkah mengukuhkan industri francais secara menyeluruh untuk mempelbagaikan produk berteraskan perkhidmatan.
Ketua Pegawai Operasi (Sokongan Perniagaan) PNS, Azlina Juliani Abd Jalil berkata, untuk memantapkan peranan PNS memacu industri francais, PNS menganjurkan Persidangan Keusahawanan dan Francais Antarabangsa 2019 (IFEC 2019).
Menurutnya, IFEC 2019 yang bertemakan Penumpuan Teknologi dan Trend: Bagaimana Ia Mempengaruhi Francais dan Landskap Peruncitan (Technology Convergence & Trends: How They Affect Franchise and Retail Landscape) akan diadakan di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 28 November 2019 merupakan platform berkongsi ilmu yang akan mengumpulkan francaisor dan francaisi.
“IFEC 2019 merupakan platform yang cukup sempurna untuk mengumpulkan kesemua penggiat industri francais, pemain industri dan kesemua berkepentingan dalam industri francais.
“Kami menjangkakan seramai 500 peserta akan menyertai IFEC 2019 terdiri daripada pemain industri francais tempatan dan antarabangsa. Antara peserta yang akan mengambil bahagian sempena IFEC 2019 adalah francaisor luar negara iaitu dari negara-negara Asean, Afrika, Filipina, Indonesia dan Singapura,” katanya kepada Bisnes Harian ketika diwawancara di ibu pejabat PNS, Bangsar baru-baru ini.
— Sinar