Pernas-DIDR bantu lahirkan lebih ramai usahawan francais di Sabah

Tarikh : 22 Mac 2022
Sumber : Borneo Post Online

KOTA KINABALU – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah (DIDR) dalam usaha membantu usahawan kecil bumiputera dan bukan bumiputera di Sabah yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pernas dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu juga bermatlamat untuk meningkatkan bilangan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabah untuk menceburi bidang perniagaan berlandaskan sistem francais dan pra-francais.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/193597/EDISI/Pernas-DIDR-bantu-lahirkan-lebih-ramai-usahawan-francais-di-Sabah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf.

“Melalui kolaborasi yang dijalankan, usahawan IKS akan menerima bimbingan melalui projek ‘Be Your Own Boss’ (BYOB) yang diperuntukkan Pernas dengan bantuan geran sebanyak RM400,000 yang dikenali sebagai Bantuan IKS (BAIKS) di Sabah.

“Projek BYOB yang diperkenalkan tahun lalu menawarkan dua program iaitu ‘Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent’ (SWEET) untuk wanita dan ‘Young Entrepreneurship Engagement Talent’ (YOUNITY) untuk golongan belia.

“Justeru, melalui projek ini, para usahawan berpeluang mengikuti latihan berstruktur, padanan perniagaan, pembiayaan dan pemantauan perniagaan selama enam bulan apabila bermulanya perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut Pernas berkata, pihaknya turut menyasarkan 1,000 francaisi dan pra-francaisi melalui dua program tersebut berkenaan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/193597/EDISI/Pernas-DIDR-bantu-lahirkan-lebih-ramai-usahawan-francais-di-Sabah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf.

Menurutnya, sejak projek tersebut diperkenalkan, seramai 1,070 peserta telah mendaftar sebagai BYOB dengan peruntukkan sebanyak RM19 juta.

“Dengan kolaborasi ini, Kementerian Perindustrian Sabah (MID) akan menyalurkan geran kepada usahawan yang berjaya menyertai projek BYOB menerusi agensinya, DIDR dengan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi setiap usahawan,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/193597/EDISI/Pernas-DIDR-bantu-lahirkan-lebih-ramai-usahawan-francais-di-Sabah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf.