Sebagai sebahagian daripada usaha Pernas untuk membangunkan industri francais, Pernas telah menubuhkan satu akademi atau lebih dikenali PNS Academy pada 1 Julai 2009. PNS Academy kini dikenali sebagai Institut Francais. Objektif penubuhan Institut Francais adalah untuk memberi latihan dan perkhidmatan perundingan serta konsultansi, dalam pelbagai bidang dan tidak hanya terhad kepada francais.
Kami juga menyediakan latihan kepada sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang francais dan kepada sesiapa yang ingin berjaya serta sukses di dalam perniagaan. Institut Francais juga akan sentiasa membimbing anda sama ada anda sudah menjadi usahawan atau bakal usahawan.