Di bawah adalah ‘Terma dan Syarat’ yang digunapakai untuk laman web ini. Ianya menyatakan hak-hak dan kewajipan anda semasa mengakses atau menggunakan maklumat dan perkhidmatan-perkhidmatan di laman ini. Jika anda telah melayari laman web ini, anda telah mengetahui dan bersetuju bahawa anda terikat dengan ‘Terma dan Syarat’ serta memeterai satu perjanjian antara anda, pelanggan, dan kami, iaitu pihak PNS bagi akses mahupun penggunaan.Sekiranya perubahan ‘Terma dan Syarat’ terkini menggantikan syarat-syarat yang anda terima atau akses sebelumnya melalui laman web, penerusan penggunaan atau akses anda akan dianggap sebagai anda bersetuju untuk mematuhi segala ‘Terma dan Syarat’.
Pembatasan Liabiliti
Anda telah memahami dan bersetuju yang pihak laman web ini tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan secara langsung, tidak langsung, ganti rugi khas, akibat atau dapat dicontohi, termasuk tetapi tidak dihadkan kepada, kerosakan-kerosakan untuk kemudaratan keuntungan-keuntungan, muhibah atau lain-lain kerugian kecil hasil daripada:
- Penggunaan atau ketidakupayaan menggunakan laman web;
- Kos perolehan barang pengganti dan perkhidmatan daripada apa-apa barang, data, maklumat atau perkhidmatan dibeli atau diperolehi mahupun mesej penerimaan atau transaksi-transaksi secara terus atau daripada laman web;
- Akses tanpa kebenaran atau perubahan penghantaran anda atau data;
- Kenyataan-kenyataan atau arahan daripada mana-mana pihak ketiga pada laman web
- Sebarang perkara yang berkaitan dengan laman web.
Pautan
Laman web ada juga menyediakan pautan ke laman-laman web yang lain. Laman web yang dipaut adalah dimiliki dan dikendali oleh pihak ketiga dan oleh itu, laman web ini tidak mengawal laman-laman tersebut atau sumber-sumbernya. Anda mengakui dan bersetuju bahawa laman web ini adalah tidak bertanggungjawab ke atas ketersediaan laman-laman dan sumber-sumber dari luar, tidak menyokong dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang isi kandungan, pengiklanan, produk-produk, atau pada bahan-bahan lain atau boleh didapati daripada laman atau sumber-sumber tersebut. Anda juga mengakui dan bersetuju yang laman web tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungjawab secara langsung mahupun tidak langsung untuk sebarang kerosakan atau kehilangan.
Penamatan
Laman web boleh menamatkan akses anda untuk mana-mana bahagian atau semua perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, atau dengan tanpa sebab, mahupun tanpa notis, boleh berkuatkuasa serta-merta. Laman web boleh menamatkan atau menggantung akaun anda kerana tidak aktif seperti kegagalan untuk daftar masuk kepada perkhidmatan untuk jangka masa yang lama. Anda telah bersetuju yang laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap anda atau pihak ketiga atas penamatan akses anda untuk perkhidmatan ini.
Pengubahsuaian syarat-syarat perkhidmatan
Laman web ini berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, menukar, membuang atau menambah ‘Terma dan Syarat’ dengan memberi notis kepada anda terlebih dahulu. Bagaimanapun, di dalam kes-kes yang memerlukan tindakan segera atau dalam keadaan lain yang dibawah kawalan kami. Apabila laman web ini mendapati ianya perlu untuk menukar, mengubahsuai, membuang atau menambah ‘Terma dan Syarat’ ini,Ianya boleh dilakukan tanpa sebarang notis kepada anda. Jika anda ingin sentiasa kekal mengemaskini penukaran, pengubahsuaian, pembuangan atau penambahan ‘Terma dan Syarat’, anda hendaklah mengakses dan membaca dengan teliti ‘Terma dan syarat’ ini secara berkala dan kerap. Anda juga telah bersetuju dan menerima bahawa sekiranya anda terus mengakses dan menggunakan ‘Terma dan Syarat’ ini (seperti pengubahan atau penukaran dari masa ke masa) bermakna anda bersetuju terhadap sebarang penukaran, pengubahsuaian, pembuangan atau penambahan didalam ‘Terma dan Syarat’ ini.
Pengubahsuaian Perkhidmatan
Laman web ini mempunyai hak pada bila-bila masa dan dari masa ke masa untuk mengubah atau tidak meneruskan perkhidmatan, sama ada sementara atau kekal, perkhidmatan ini (atau mana-mana bahagian) dengan memberi notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa laman web ini tidak akan bertanggungjawab terhadap anda mahupun pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau tidak meneruskan perkhidmatan ini.
Umum
Tajuk yang digunakan di dalam ‘Terma dan Syarat’ adalah untuk rujukan dan hanya jika diperlukan sahaja dan tidak boleh diambil untuk tujuan pertimbangan di dalam penafsiran atau pembinaan ‘Terma dan Syarat’ ini.
Jika sebarang peruntukan yang terkandung di dalam ‘Terma dan Syarat’ ini tidak sah di bawah undang-undang atau peraturan yang sedia ada mahupun akan datang peruntukan tersebut dianggap tidak sah dan tidak pernah terkandung di dalam mana-mana bahagian di dalam ‘Terma dan Syarat’ , dan saki-baki peruntukan di dalam ‘Terma dan Syarat’ akan kekal sepenuhnya dalam kuasa dan tidak akan dipengaruhi oleh syarat tidak sah atau pembuangannya daripada ‘Terma dan Syarat’ ini.