[breadcrumb]
Bagi Program B.I.T, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan mengenalpasti, mewujudkan dan membangunkan perusahaan kecil yang mempunyai produk dan perkhidmatan dengan menggunakan pendekatan pemasaran moden, kos pembangunan yang rendah serta teknologi baru/ terkini.
Program B.I.T adalah satu program transformasi perniagaan untuk para usahawan kecil menjadi lebih kompetitif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan agar dapat menjana lebih keuntungan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih efektif. Program ini juga melatih para usahawan agar mampu berdaya saing di pasaran dan seterusnya perniagaan tersebut dibangunkan ke arah francais.
Kriteria Peserta Program
- Berumur 21 tahun ke atas
- Perniagaan berasaskan Syariah
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Barang perniagaan harus berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
- Sekurang-kurangnya 1 tahun beroperasi
- Pemilik tidak diisytiharkan muflis dan bebas dari tindakan undang-undang
- Menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PNS
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1 outlet/ kiosk/gerai/ejen
- Perniagaan terbukti menguntungkan dan berdaya maju
- Mempunyai minat untuk mengembangkan perniagaan
- Jenama perniagaan dikenali di kawasan setempat
- Mempunyai sistem rantaian sokongan bermula dari – pengeluaran – pengagihan – logistik – bisnes bergerak/ kiosk tetap
Kelebihan Menyertai Program B.I.T
- Membantu mengubah perniagaan kepada konsep yang lebih moden
- Membolehkan usahawan kecil menjadi lebih berdaya saing
- Membolehkan usahawan kecil menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui model perniagaan yang lebih cekap
- Membolehkan usahawan untuk mengembangkan perniagaan dengan menawarkan peluang kepada orang lain
Kemudahan Pembiayaan Di Bawah Program B.I.T : Pra-Francaisor
- Saiz pembiayaan sehingga RM500,000
- Margin pembiayaan sehingga 90%
- Caj keuntungan pada kadar 4.75%
- Yuran perkhidmatan : Minimum RM100 atau 1% dari jumlah pembiayaan yang mana lebih tinggi
- Jenis pembiayaan : Skim Pembiayaan Islam (Tawarruq)
- Jangka masa pembiayaan : Sehingga 5 tahun