Tarikh : 9 Dis 2022
Sumber : Berita RTM
SELANGOR, 9 Disember- Sebanyak RM8 juta diperuntukkan dengan sasaran 16 outlet francais yang baharu menjelang tahun hadapan.
Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan peningkatan sebanyak 50 peratus hasil jualan keseluruhan outlet francais tahun ini.
PERNAS setakat ini telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM13 juta kepada 45 orang usahawan francais bagi memulakan perniagaan.
“Ini merupakan francaisee yang dibiayai..yang dilatih dan dibimbing oleh PERNAS dan kita ingin melihat pada tahun 2023 ini 16 lagi outlet dapat dibuka kerana PERNAS akan menyediakan peruntukan sebanyak RM8 juta untuk tujuan 16 outlet yang baru itu,” katanya pada Majlis Pembukaan Outlet ke-44 Gloria Jean’s Coffees GJC di Serdang hari ini.
Jelasnya, PERNAS dalam usaha mendapatkan tadbir urus geran pembangunan dari pihak kementerian bagi memperkasakan pembangunan industri francais di negara ini.